AIVO Studio (aivostudio.com) dikendalikan oleh Ahmad Khuzairi bin Ayob. Dengan mendaftar atau membayar, anda bersetuju dengan terma di bawah.
1. Perkhidmatan
AIVO Studio ialah portal ahli yang menyediakan alat penjana prompt video affiliate berasaskan AI, senarai Produk Laris, templat, hooks, Agent AIVO, Penjana Skrip dan bahan panduan. Ciri boleh ditambah, diubah atau dikemas kini dari semasa ke semasa.
2. Akaun & akses seumur hidup
Akses dibuka selepas bayaran sekali (RM67) disahkan. "Seumur hidup" bermaksud sepanjang hayat perkhidmatan AIVO Studio beroperasi, untuk satu akaun Google sahaja.
Akaun tidak boleh dikongsi, dijual semula atau dipindah milik. Akaun yang dikongsi atau disalah guna boleh disekat tanpa bayaran balik.
Penjana Prompt boleh digunakan tanpa had untuk kegunaan biasa. Penggunaan automatik (bot/skrip) yang membebankan sistem boleh disekat sementara.
3. Pembayaran
Bayaran dibuat melalui pindahan bank atau DuitNow QR. Resit disemak secara automatik dengan bantuan AI; resit yang tidak jelas akan disemak secara manual. Resit palsu atau yang telah diubah akan ditolak dan akaun boleh disekat.
4. Kandungan yang dijana AI
Prompt, dialog, caption dan senarai produk dijana oleh AI dan mungkin tidak tepat. Anda bertanggungjawab menyemak hasil sebelum digunakan.
Anda bertanggungjawab ke atas video dan kandungan yang anda terbitkan, termasuk mematuhi garis panduan TikTok, TikTok Shop dan undang-undang Malaysia (contohnya tiada dakwaan perubatan palsu atau mengelirukan).
Senarai Produk Laris adalah panduan sahaja. Harga, stok dan kadar komisen ditentukan oleh TikTok Shop dan penjual, dan boleh berubah.
5. Tiada jaminan pendapatan
AIVO Studio tidak menjanjikan sebarang jumlah jualan, komisen atau pendapatan. Contoh pengiraan pendapatan di laman ini adalah ilustrasi sahaja. Hasil bergantung kepada usaha, produk dan pasaran anda.
6. Program affiliate AIVO
Ahli boleh berkongsi pautan rujukan sendiri. Komisen hanya dikira bagi pembelian yang disahkan melalui pautan tersebut, dan dibayar mengikut kadar serta jadual yang dimaklumkan di portal ahli. Rujukan sendiri, akaun palsu atau spam tidak layak.
7. Hak cipta
Templat, panduan dan bahan dalam portal adalah milik AIVO Studio dan untuk kegunaan peribadi ahli sahaja. Prompt dan video yang anda hasilkan untuk perniagaan anda sendiri adalah milik anda.
8. Perubahan & hubungi kami
Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa; tarikh di atas menunjukkan versi terkini. Soalan? WhatsApp admin.